Housemates

Hai. Dah lama aku tak mengumpat kat sini. Hehe. Bizi ya amet laaa sampai balik office, bergayut sat pastu tertidoq. Hehe.

So, post kali ni nak cerita pasal HOUSEMATES. Sekarang dah masuk bulan keenam aku intern kat Cyberjaya and nak jimat kis punya pasal, aku dan kawan2 lain menyewa la kat satu master bedroom kat Cyberjaya ni. Bulan-bulan bayar RM680. So, kitorang menyewa asalnya 3 orang tapi penyewa yang sebelum ni, dia tak dpt rumah yg dia nak lagi. So, dia kata dia nk stay lagi 1 bulan. Kami pon takdak la nak kisah sangat pasai dia tidoq bawah kat macam ruang tamu tu. Kami dok la dalam bilik 3 orang. Lepas tu, sorang lagi kawan nak stay ngan kami kalau boleh. So, okay ja. Lagipun, sewa jadi lagi murah la kira. Masa tu, okay lagi. Tak kisah sangat.

Plan asal, aku nak naik bas ja. Sebab kalau naik bas, aku cuma spend RM2 untuk kos pergi-balik. But then, yang kawan aku yang sorang yang baru stay ngan kami tu, bas yang kami dok naik tu, tak masuk lalu office dia. Jauh jugak la ekceli nak jalan masuk dari bus stop ke office dia tu. Kebetulan, aku ada issue ngan bau badan tuuuutt masa naik bas. So, aku decide naik grab. Kan grab boleh set nak drop-off 2 tempat. So, kiranya tambang kami bahagi tiga la. Hujung bulan, aku buat kira-kira, duit aku habis banyak kat grab. Almost RM100 la tak salah aku compared to naik bas yang cuma makan RM50 ja setiap bulan. So, aku macam pikir-pikir nak bawak kereta.

Long story short, lepas aku buat kira-kira, kalau aku bawak kereta, cuma makan RM60 tak termasuk parking. Parking tempat aku kena bayar. Aku malas nak cerita pasai parking. Semata-mata sebab nak parking, aku kena maki hamun marah apa semua macam aku ni bodoh. Tanya security, security suruh tanya management. Tanya management, management suruh tanya security. Lol. Pastu, maki. Macam haram. Dasar tuuuuttt.

Kiranya, bulan-bulan, murah la jadi dia. Pergi balik office macam biasa. Aku okay lagi. Sampai satu tahap, aku ni jenis bersiap awal sebab aku tak suka berebut cermin habuan nak bersiap semata. So, aku siap awal. Lepas tu aku turun pi dok dalam kereta sebab aku lemaih tengok orang dok kalut-kalut bersiap. Lagi pun nak jalan sekali ngan depa pi kat kereta (parking jauh sikit), memang tak la. Siap pon pukui berapa.

Aku dah pesan, at least 8.15 aku nak gerak sebab nak rebut parking kosong kat tepi bangunan MCMC tu. Larat nak parking dalam Shaftbury Square hari-hari. Dah la pakai duit aku dulu. Then, total up hujung bulan baru bayaq. Dok turun 8.20, 8.30. Aku diam lagi.

Pastu, ada sorang ni, tumpang aku gak pi office. Aku kesian la kat dia. Uber/grab nak masuk tempat dia sampai RM15-RM20. Sakit la jugak nak bayaq. So, aku tumpangkan dia walaupon jauh sikit sebab kena uturn masuk cyber balik. Tapi aku cas la duit minyak and dia okay ja nak bayaq. So, aku okay ja. But still, 8.15 paling lewat kena gerak. Tapi hurmm. Macam biasa. Dok turun lambat. Ada la jugak depa turun awai tapi 2 3 minggu ja. Pastu lewat balik. Aku diam lagi walaupun hati aku dah panas.

Waktu balik, aku kena tunggu yang berlainan office tu habis keja dulu. Kalau dia ada keja banyak, terpaksa la tunggu. Aku okay lagi masa tu. Sampai ada satu hari, aku dah tengah stress, lepas tu nak balik awal, aku dah roger dah semua aku nak balik awal. Yang sorang, buat muka sebab dia nk pi beli barang balik nanti tapi aku takmau. Aku pantang beb orang buat muka. Serius. Tapi aku diam lagi. Then, dah sampai kat office yang lagi satu nak amek yang sorang lagi tu, tunggu punya tunggu, dia tak sampai-sampai. Aku dah panas. Aku tak roger dia langsung sebab aku dah cakap yanga aku nak balik awal and dia reply okay ja. Almost half an hour tunggu, dia sampai ngan kawan dia sorang nak tumpang aku jugak. Without any notice. Aku macam berasap la jugak. Dah la masa tu, aku tengah sakit kepala. Pastu, kena tunggu orang lagi. Pastu, tetiba ada penumpang lain lagi. Memang la sebelum ni penumpang extra tu pernah tumpang aku. Tapi at least bagitau la aku dulu. Mintak kebenaran aku. Mentang-mentang aku tak pernah tolak apa yang depa mintak. Pijak kepala. Duit minyak pon penumpang tu tak bagi. Lol.

Aku diam. Sampai hari ni aku diam. Just cakap benda-benda penting ja. Aku dah malas nak amek port. Depa ada ja mintak maaf kat aku. Tapi ntah. Aku dah malas nak mesra-mesra layan baik-baik. Aku jaga depa elok-elok kot. Nak makan apa, aku bawak. Mengidam apa, aku singgah. Bukan la nak mengungkit tapi at least tunjuk la effort hang nak senangkan aku lepas aku aku senangkan urusan hang.

"sorry. Lepas ni, aku akan ikot standard macam mana kau nak" Sumpah tergelak. Aku cuma mintak korang ikut masa aku ja and jangan buat aku macam kuli batak. Tunggu tuan puteri semua siap, baru lah hamba boleh bergerak.

"lepas ni, aku tak menyusahkan kau dah" haaaa ayat acah. Ayat mintak kesian. Tau pulak kata hang menyusahkan aku. To be honest, aku tak pernah rasa depa ni menyusahkan. Tapi, tengok la apa depa buat kat aku. Buat aku tunggu macam tunggui kayu dok tercongok dalam kereta. Dalam bilik, sembang berdua ja. Aku tak menyampuk sebab aku taktau pon topik tu and bukam ditujukan untuk aku. So? Dalam bilik tu, aku layan diri ja la. Nasib ada Farid.

Oh lupa. Depa kata "nak bagi masa kat kau ngan payed" reason untuk tak sembang ngan aku. Hahahahaha. Sebabkan hangpa la aku banyak gaduh ngan Farid tau dak? Aku ignore arahan Farid sebab tak sampai hati nak tolak ajakan hangpa.

"Awat tak pi sembang ngan depa?" sembang apa kalau depa dok rancak sembang topik berdua tak ajak. Aku bukannya reti bukak topik or menyampuk. Aku lagi suka dengaq ja orang bercerita.

"Jangan libatkan tuut dalam masalah kita" Hahhahaa. Aku dah malas nak bersembang. Tawar hati. I dont give a fuck la kira.

"sebab tu ja sampai tak bercakap?"

Jap eh. Nak mengungkit. Tolak tepi hal kereta.


  1. Aku yang selalu sapu lantai yang penuh ngan rambut depa. Rambut aku pon ada jugak la. Tapi sikit ja gugur. Tapi aku la dok kutip rambut buang dalam tong sampah kecik. Depa pon buat gak tapi sekerat ja and kadang- kadang.
  2. Tong sampah kecik tu selagi boleh noh, depa boh walaupun sampah-sampah dia dh terkeluaq. Aku la pi buang kadang.
  3. Bawak makanan masuk bilik. Makan kat bilik. Aku okay lagi. Lepas tu bekas makan tinggai situ tak pun kat meja luaq. Weekend kalau semua takda dalam bilik, aku la pi angkut pinggan tu pi basuh untuk tuan puteri.
  4. Dapoq. Masak pandai. Makan pandai. Lepas tu himpun dalam sinki suruh sinki basuh pinggan mangkuk tu. Aku la pi basuh kadang sebab aku nak pakai. Semak.
  5. Since aku tumpang periuk nasik orang habuan nak masak nak bawak bekal pi office, so aku guna lepas tu aku terus basuh. Ada sorang ni, dia masak nasik pakai periuk nasik dia. Lepas tu tak basuh. Biaq macam tu sampai berhari-hari. Lepas tu dia pi pakai periuk nasik orang lain. Buat benda yang sama gak. End up aku takleh masak nasik sebab benda kecik macam tu. Part ni, aku tak basuh.m sebab aku geli dengan sisa makanan. Sebab tu aku selalu basuh terus lepas guna. 
  6. Lepas masak, periuk, kiub ayam, sayur apa ja bahan masak yang dia guna, dia tinggai macam tu saja tak simpan balik. So, aku la kena pi cari area kosong, nak potong bawang bagai. Aku jugak la nak kena basuh perkakas yang dia pakai sebab aku nak pakai pulak. 
  7. Bilik sepah jangan kata. Serius lagi sepah dari zaman aku pemalas kemas bilik dulu. 
  8. Bilik air, rambut jatuh merata and since takda air lalu yang boleh bawak rambut yang jatuh tu masuk lubang, dia terbiaq la situ. Sampai la aku yang tolak rambut-rambut tu pi kawasan ayaq lalu pastu siram boh dlm longkang. 
  9. Rambut-rambut pon banyak terlekat kat longkamg tempat mandi tu. Aku la yang buang rambut-rambut tu sebab ayaq dah mula takleh lalu masuk dalam longkang tu. 
  10. Pemalas and perungut. Asyik nak hidup senang. Bilik panas bising. Tilam murah bising. 
Done. Tu antara yang buat aku sakit hati la. Macam bukan anak dara. Kot ya pun, bersih-bersih la sikit kawasan hat dok guna tu. Muka ja lawa tapi pemals pengotoq. Keja nak bersiap lawa-lawa. Sisa maggi dok elok ja terbiaq luaq bilik tu dengan maggi and ayaq dia still ada. 

Kesimpulannya, lepas ni, aku nak menyewa bilik sorang. And bila aku ada rumah sendiri, aku nak tetap rules kat anak-anak aku so that tak jadi macam depa. Jangan selesa sangat hidup dalam semak. 


P/s : aku dah tak heran la depa nak cerita apa konon mengadu kat orang lain bila orang tanya kenapa tak balik ngan aku. Tak heran jugak apa orang nak anggap kat aku. Aku ada life aku sendiri. 

Popular posts from this blog

Sedih

Alhamdulillah for everything