UPSR 2015

 

Hai gais. Sembang nak post semalam. Hahahaha. Biasa la. Janji Melayu. LOL. Takda ah. Semalam aku tidoq awai. Tewas dalam pelukan En. Bantal Peluk. Huhu. 

Ok. Nak recap pasal  UPSR la. Tahniah la pada semua. Dah besaq dah. Wuuuuu. Btw, adik aku pon calon UPSR tahun ni jugak. 

Ni dia. Nak ngorat? Buat permohonan kat aku dulu. Huh.
Sekolah dia, sekolah aku jugak. Hahahaha. SK Sg Pasir Kechil. Selalu orang konpius sekolah ni dengan SK Sg Pasir hat lagi satu tu. Heh. Depa ni tak reti boh nama asing-asing ka? Boh nama dekat-dekat ni buat penat aku nak explain ja bila orang tanya. 

 

Aku ingat lagi moment masa cikgu tengah umum nama budak-budak 5A. Hahaha. Banyak main saiko cikgu ni. Adik aku awai lagi dah tumpah ayaq mata. Dari dalam kereta lagi. Masa tu otw pi sekolah. Aku ikot ah. Nak bagi sapot kat adik sendiri la katakan. Dalam dok senyap dalam kereta tu, tetiba dia lap mata. Menangis. Hahaha. Mama tanya "Laaa. Kenapa?". Dia jawab "ketaq". Aku kat seat belakang masa tu alolololo. Hahahahaha. Takda la gelak kat dia. Aku urut-urut bahu dia. Usap-usap. Bagi tenang. Bagi hilang nebes tu. 

Pastu abah kata masa depa baru start nak berkumpul kat dewan tu, dia pi kat abah. Ayaq mata dah meleleh dah. Aduhai. Kesian gila. Hahahahaha. Masa cikgu tengah umu nama tu lagi ah. Dok kalih-kalih tengok belakang. Cari abah kot. Aku perasan ah muka dia muka baru lepas nangis. Hahahaha. Nama kawan-kawan dia semua dah sebut. Dia ja tak sebut-sebut lagi. Tisu betul adik aku sorang tu. Aku dulu lagi la. Nama aku last sekali sebab ayah aku dh amek slip tu siap-siap. Yang 5A dah sebut, 4A, dan bla-bla. Aku yg elok-elok sado, memang tak tahan la ayaq mata. Dalam hati "ok. Tak dapat 5A". Mama boleh gelak ja tengok aku. Ceit. Tapi takpalah. Alhamdulillah la budak tu dapat 5A. Tu dok rancang nak pi Sekolah Mad Jiwa ngan kawan-kawan dia tu. Hahahahahaha.


19 orang 5A. Hurm. Guru Besar dia kata menurun. Tahun lepas, 30 lebih tak silap. Takpa. Depa kata Sains susah. Banyak soalan KBAT. Adik aku pon mengadu centu jugak. Sampai dia rasa tak yakin nak dapat A subjek tu. Sains ni ada masa aku minat. Ada masa aku menyampah gak. Ntah. Jodoh tak kuat ni. 

p/s : ni kondisi orang yg tak tenang sebelum dapat result. Hehehe *tanduk setan*


Popular posts from this blog

Sedih

Alhamdulillah for everything

Housemates