HomeSICK

Demam. Jauh dari family. Seriously tak best. Sangat-sangat-sangat tak best. Ya la. Kalau dok rumah, eventhough mak hang membebel-bebel, merumuskan segala sebab-musabab hang demam, still boleh manja-manja. Abah macam biasa. Dia pon bising sekali. Hahaha. But still, boleh request nak makan apa saja. Seriously rindu. Rindu suasana rumah. 

Ekceli aku ni bukanlah spesis homesick sangat. Sebab aku memang takda rasa apa bila dok jauh dari family. Dari kecik lagi. Waktu pegi kem kecik-kecik dulu, takdanya nangis-nangis rindu apa semua. Cuma waktu sesi reflection tu, nangis la sikit. Tu pon sebab tengok orang lain nangis. Ngehehehe. 

Macam mana aku boleh demam kali ni? Entah. Tetiba ja. Padahal pagi rabu tu elok ja pegi kelas. Cuma masa nak dekat habis kelas tu, badan aku rasa seram sejuk. Pastu masa on the way nak balik bilik, *supposedly lunch dulu* tapi time tu, aku dah rasa nak muntah gila-gila. So, aku mintak kunci bilik kat rumet, terus blah balik. Sumpah rasa nak pitam sepanjang perjalanan tu. nyaris aku jatuh tangga. tapi aku kuatkan kederat bawak diri sampai ke bilik. terus landing. Dah tak tahan. Masa tu, dah rasa sakit kepala semacam. Damn! Takkan migrain kot. Urghh. Aku pon terus Zohor, then lena selena-lenanya. Seharian aku tidoq. Termasuk hari ni. Klinik? Hehehe. Lalalalala. *tak dengaq tak dengaq* 

Selalunya, selalunya lah, bila aku or adik demam :
1. Diarahkan untuk dok depan tv *ruang tamu ekceli*
2. Bawa bantal berlapikkan plastic, pastu lapik kain batik pulak
3. Baring
4. Mama akan perah-perah asam then letak atas kepala kami *seriously sejuk gila. Rasa geli pon
    ada. Feeling dia macam benda lembik-lembik jalan-jalan amek angina atas kepala. Brrrrrrr*
5. Abah akan dok kat tepi *abah nak tengok berita* gelak-gelak kat kami pastu dok kata
    “eeeeeeeeee eeeeeeeeee”
6. Aku atau adik akan terganggu sikit dari segi emosi sebab kami tak suka benda tu atas kepala.
    Tapi arahan mama, mana boleh tolak. Nanti kena marah sia-sia ja. So, kami akan merengek
    “Mama! Tengok abah tu”. Mama pulak akan balas “ hang dok diam-diam”. “abah pon”, marah
      mama kat abah. HOREEEEE!!!!
7. Tepat pukul 10, kena naik tidoq. Masa tu, asam dialihkan then digantikan dengan coolfever.
    Ahhhh. Lega sikit perasaan tu. 
8. Esok pagi, harus lega. Kalau tak lega, mama akan perah asam lagi. NOOOO!!! 


Popular posts from this blog

Sedih

Travelogue : Indonesia (Part 1 : Bali - Day 2)

Housemates