Stalker

 

Pergh tajuk. Hahaha. Ok. Bukak topik pasal stalker. 

Manusia ni memang dilahirkan dengan sifat inkuiri yang sangat-sangat-sangat kuat....ka aku sorang ja? Bila dapat tau pasal satu benda tu, teruih google. Kalau pasal retis, memang keluaq la segala cerita hot meletop kebaboom depa tu. Kalau pasal hal negara, ekonomi, keluaq la pasai politik. Oh, stress! Dah nak kena baca satu per satu link yang ada. 

Aku pon kalau ada sapa-sapa add FB, follow TWITTER dengan IG aku, memang aku stalk dulu. Ye la. Sapa budaknye? Batak tak post dia? Hahaha. Bukan apa. Aku taknak TL aku penuh dengan budak-budak sekolah yang kalut nak berkenalan, yang sunyi, yang kaki ngorat, yang gatai meghela. Serius. Aku dah terkena banyak kali kot. FB aku la. Sebarangan ja orang add. Aku pon approve je la. Ye la. Mana tau kawan-kawan lama ka. Sekali kena : 
"Hai, nak kenal boleh?"
"Dah ada pakwe ke belom ni?"
"Saya nak kapel ngan awak boleh?"
"Pakwe tak marah ke awak sembang ngan saya?"
"Dah makan ke belom?" 
"Intro please"  

 Aku memang bukan jenis melayan yang gedik-gedik ni semua. Bagi aku, nak kawan, kawan je la. Sembang macam biasa dah la. Takyah acah-acah gentleman sangat la. Sejujurnya, aku tak suka gila dengan orang yang banyak tanya. Lagi-lagi pasal diri aku. Senang cerita, aku ni spesis sombong la sikit. Hahahahaha. Aku just akan cerita pasai diri aku dengan orang yang dah betol2 jadi kawan. Then, you'll know the real me.

Dok cerita pasai stalker ni, nak habaq sikit pasai bebudak HRM a.k.a BUDDIES baru. Dah 2 kali aku tukaq link sebab depa jumpa link aku. Seriau gila. Hahaha. 1st ritu, abang Naqi. Kali ni, Thinie pulak. Urghhh! Dah la. Dah mengalah dah. Nak baca, baca la tapi jangan kata apa-apa. Serius. Malu weh.


Popular posts from this blog

Sedih

Travelogue : Indonesia (Part 1 : Bali - Day 2)

Travelogue : Indonesia (Part 1 : Bali - Day 1)