2015 Wishes

 
Dah genap seminggu dah dalam kalender 2015. Serius tak sedaq, sekejap ja dah masuk tahun baru. Langsung tak rasa feeling tahun tukaq-tukaq. Aku pon taktau pasai pa. Hahahaha. 


Ok. Selalunya, bila masuk tahun baru ni, orang akan tanya 
"Apa azam hang tahun ni?"
To be honest *eceeewah, speaking london uolls* ,  azam aku akan menjadi separuh jalan. Ada ja yang tercapai, ada yang hampeh. Hahaha.

Azam aku yang paling GRAND sekali , nak diet, kurus.Sebelum tu, just nak clarify, aku ni takda la gemuk mana tapi kira ada la jugak lemak-lemak tepu tak tertepis kat certain part especially paha dengan bontot. Hahaha. Aku cakap kat rumet aku, "AKU NAK DIET, TAKNAK MAKAN MALAM". Rumet aku gelak then kata "Aku nak tengok sampai bila diet kau tu tahan". Hasilnya, sehari ja aku diet. Tak tahan kot. Macam sedap ja kawan- kawan aku dinner. Tergugat nafsu aku. Hahaha. Naseb bulan puasa aku boleh tahan. Takda la merengek lapaq ka apa. Tu melampau tu. Dah besaq, tak reti-reti tahan puasa. Naseb la perut aku ni faham bahasa. So, azam ni hanya tahan sehari ja.

So, untuk tahun ni, aku akan sadokan seluruh jiwa dan raga untuk :

1. Make sure berat tak lebih 50kg. Current berat aku sekarang 46kg. Aku ada la jugak pikir-pikir nak turunkan berat aku lagi 3kg. Hahahaha. How I wish I could. Benda ni tak mustahil tapi ye la nafsu makan aku ni dahsyat sikit. Tak padan dengan badan kecik.

2. Nak tukaq imej. Aku nak jadi ala-ala feminin sikit. Pakai kain, baju kurung. Hahahaha. Aku nih cukup malas nak berkain sebab dari kecik dibiasakan dengan seluaq. Kecik-kecik dulu, aku mana pakai sangat skirt-skirt ni. Aku lebih prefer pakai tshirt, jeans, selipar dan kadang-kadang pakai cap. Sampai ke besaq, aku terbawak-bawak imej ni. Naseb tak taram pakai cap ja. Hahahaha.

3. Be a writer. Ni ekceli impian aku dari kecik. Honestly, aku suka menulis. Apa-apa ja. Aku ni spesis kuat berangan. Memandangkan aku tak dikurniakan bakat semula jadi flora dan fauna untuk melukis so, aku transfer segala angan-angan aku dengan menulis. Tapi, hmmmm. Pi mana taktau kertas-kertas tu semua. Hahahaha. Angan-angan budak-budak. Dah la dulu aku addicted gila dengan cerita superhero tu semua such as Ultraman, Power Rangers dan yang sewaktu dengannya.

Popular posts from this blog

Sedih

Alhamdulillah for everything

Housemates