Sport Carnival


 
Fuh! Fuh! Lama gila tak menghapdet blog ni. Hahahaha. Sem ni sibukssss gilossss bebessshhhh. *ayat ni dilarang penggunaannya dalam kertas exam ye adik-adik*
Ok la. Sebagai pembuka semangat nak memeriahkan blog ni, aku nak cerita la pasal event Sport Carnival yang aku masuk ermm kira 2 minggu lepas la. (15hb November 2014). Sport Carnival kot. Dah nama dia SPORT , dah terang-terang la yang event ni kaitan dengan sukan. Hahaha. Sukan kot. Benda yang paling aku nak elak gila masa zaman sekolah dulu. Pantang hari Sukan ja, mula la hilang. Koku pon malas nak pegi. 
Tapi tu semua cerita dulu la. Aku masuk Sport Carnival ni just nak seronok-seronok ja. Lagipon boleh dapat kawan baru ye dok? 
Aku amek bahagian dalam futsal. Ha kau. FUTSAL tu. Hahaha. Sejujurnya , benda-benda bola ni aku tak minat sangat. Senang cerita, aku tak suka berkejaq and berebut bola. So, bila masuk game ni, aku awal-awal lagi cop bahagian defence. 
Tak silap aku, kami training 3 hari ja. Tu pon hari 1st training spoil gila. Spoil pon bukan sebab apa. Sebab court yang kami p main tu court V1. Memang petang-petang, abang-abang senior dok main futsal gak kat situ. Kami bajet macam main la separuh-separuh. Depa amek port sana, kami amek port sini. Tapi last-last, depa macam usha gila kami main sampai kami semua rasa tak berapa nak selesa. So, Alynn pon ajak balik. Masa kami nak balik, depa tepok tangan. Cis! Kuajo! Dengan pompuan pon takleh mengalah. 


On the next day, kami main kat court V5. Ekceli, aku ngn rumet tak pegi sebab ada talk apa ntah tapi masuk exam. So, alang-alang rajin, pegi je la. 

Masuk hari ketiga praktis, perasaan aku atau main waktu malam ni memang best. Takda la rasa panas sangat walaupun peluh meleleh-leleh. Masa ni, budak CE nak join main sekali tak silap aku. Pergh. Kasaq gila depa main. Habeh kaki aku disepaknya sekali. Hahahaha.

Hari keempat praktis, haaa kau. Semua pakat terer-terer dah main. Hahahaha. Takda la terer mana tapi setakat tendang masuk gol tu , kira ok la.  

Masuk hari lawan, 1st game budak CIS Group B lawan dengan budak PE kot tak silap aku. Perghhh. Dah la aku ni kecik molek ja, ditolak-tolaknya aku. Hahaha. Tapi ni pendek bukan sebarang pendek. Ni pendek pantang dicabaq. Hahaha. *acah2*. Tapi kesimpulannya, kami menang la. Menang kat penalti. Alhamdulillah la kira. Hahaha. Pastu, game sambung balik petang nanti. Next game, CIS group A kalah. Lawan dengan budak mechy tak silap aku. Sumpah dasyat. Takut pulak aku time tu. 

Petang tu, lepak2 bilik Bai, pastu turun la court dengan muka ngantuk. Hahaha. Yang pasti, aku tak main la petang tu. Depa import Ayunni. Defence paling kebal. Hahaha.

Last2, kami kalah main dengan budak mechy. Ceit. Hahaha. btw, serius nice game. Tu kira 4 hari ja training. Kalau sebulan training, dah juara dah tu. Hahaha. 

Macam yang cakap awai-awai tadi, masuk benda-benda macam ni boleh dapat kawan baru. Hahaha. Memang dapat. Tapi hai hai centu je la. Aku jumpa budak buddyz time orentasi dulu. Sumpah aku tak ingat langsung muka dia. Hahaha. Naseb dia ingat aku. Hahaha. Terasa bangga di situ bila orang ingat aku. Awwww. 

 
CIS JAN 14 ! 
UH AH OYEH !
 UH AH OYEH !
 CIS NO 1 !
CIS NO 1 !
 HU HA!

Tu cheers kami. Hahaha. Kak Mijah buat. Memang bising gila kami masa tu. Rasanya yang paling bising. Hahaha. *yg tgh tu coach utk hr tu*


Popular posts from this blog

Sedih

Alhamdulillah for everything

Housemates