Updated!


 
Lama gila tak update. Hahaha. Ate, teman sibuk bebenor. Nak buat macam mane? Hahaha.
Erm. Nak cerita pasal apa eh? Erm. Banyak benda jadi lately. 
One of them, programming and youtube. Hahaha. Alkisahnya, di Twitter la ye. Ada la seorang insan ni tweet kononnya Visual Basic (VB) tu basic ja, boleh belajaq kat youtube. Memandangkan classmate aku ni sangat active di Twitter, apa lagi kepoh la. Dah la masa tu dalam kelas FOP (Fundamental of Programming). Hahaha. Boleh kata semua pakat tak fokus. Ye la. Masa tu baru lepas quiz kot. Hahaha. Lapaq lagi. Perang la jugak kira dalam Twitter. Then, budak tu mintak maaf but aku tak rasa dia betul-betul mintak maaf. I mean dia mintak maaf tak ikhlas. Just nak selamatkan diri dia daripada serangan berterusan dan nak dianggap matang la sebab mengalah. Hmm. Aku rasa ja. Rasa. Aku ada jugak tanya roomate aku, kenal tak dia? Roomate aku kata entah la. Tak ramai sangat yang suka dia. Dia macam something like rasa diri dia tu overbagus. Oh, no wonder. Tak kisah la pasal dia tu. As long as tak kacau hidup aku. Tapi sumpah tweet classmate aku lawak-lawak gila. All about programming and youtube.
 

Next, pasal bebudak pompuan May14 nak cari pasal dengan bebudak pompuan Jan14. Ok yang ni aku tak paham sangat. It starts at UTP Confession (FB page). Depa just pesan bebudak pompuan Jan14 untuk tidak jeles dengan ke'hot'an depa yang secara tidak langsung menyebabkan most boys flirt with them. Oh pelishhh! Terserlah ketidakmatangan di situ. Aku ingatkan aku ja yang tak matang, rupanya ada yang lagi teruk. Well, at least I'm not annoyed people with my unmatured attitude. *I guess* *smirk* Aku taknak komen lebih-lebih la pasal benda ni sebab cantik tu subjektif. Perghh. Hahaha. Betul la. Bagi aku, lelaki yang suka pompuan sebab kecantikan wajah ni selalunya tak kekal. I would rather choose guy who love me based on my personalities, not on my cuteness *ecewahh* So, girls yang rasa diri dia tu hot, just go on. Cuma satu, NEVER EVER FLIRT WITH MY LOVED ONE *muka gengster*


Lagi, ermmm sekarang kan bulan puasa. Rasa macam cepat ja masa berlalu. Sedar tak sedar nak habis sem 2 dah pon. Selalunya bulan-bulan puasa ni la aku lagi aktif menyakat orang. Hahaha. Teringat masa sekolah rendah dulu. Pagi-pagi sebelum perhimpunan, dok main sate bakaq (kipas bontot kawan macam kipas sate pastu kawan sedaq pastu kawan ligan pastu pi kipas bontot orang lain pulak). Hahaha. Nostalgia gila. Tapi dalam dok seronok sambut puasa tanpa family *homesick ekceli* , ada la someone ni tegoq aku kat fb and ajak notty2. Astaghfirullahal'azim. Aku tanya dia umoq berapa? Dia kata "18 taon". Aku pon dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim "dah 18 tahun tapi tak kenal dosa pahala lagi? dalam bulan2 puasa pulak tu ==''" and then guess dia balas apa "aduuuuuuuuuuuuu. Kan kan kan apa lah manusia nie bhahahah" and I was like annoyed. Tak sampai 5 minit, aku removed dia. Aku tak perlukan kawan yang terang-terang akan hancurkan aku. 


Akhir sekali, *macam nak buat karangan* ermmm ingat tak cerita adik firdaus yang OKU tu. Ekceli, aku dah tengok video tu sebelum kecoh cerita ni esok tu. Masa tengok video tu , I was like Ya Allah! Sumpah kesian. Innocent ja tengok dia. Sejak-sejak tu, aku selalu gak follow up cerita dia. Tentang condition dia, tentang alasan mak dia buat dia macam tu. Sebagai orang luaq yang tak tahu apa, I'm not gonna to say a word about his mother. Just wishing adik Firdaus sihat walafiat.   








Popular posts from this blog

Sedih

Alhamdulillah for everything

Housemates