Tuesday, May 27, 2014

Tatotnyeee !!!

 

Di malam yang sunyi, di saat roomate aku tengah buat kerja-kerja dia, aku, di sini, depan laptop, menghadap screen laptop. Kat laptop, bukak tenet, tab FACEBOOK, TWITTER, BLOG, ASK FM wajib bukak. 

Tapi

Aku taktau nak buat apa. Macam senyap ja malam ni. Ketandusan idea. Ketidakadaan mood untuk menyakat. *tatabahasa aku semakin HEBAT kebelakangan ni*

Aku scroll, scroll, scroll FB. Tetiba aku nampak satu post. Pasal makhluk ghaib. Uish. aku cepat-cepat scroll bawah lagi. Agak-agak ah. Gambaq errrrr yang bungkus-bungkus tu. 

Ok. Dapat satu idea nak meluah perasaan yang terendam dalam hati ni. 

Makhluk halus atau lebih tepat setepat lagi tepat, HANTU didefinisikan sebagai roh atau arwah yang meninggalkan badan karena kematian. Tu kalau ikut pakcik wiki la. Bagi aku, HANTU ni something yang menakutkan dan penuh dengan darah. OK STOP! Aku takmau imagine lebih-lebih. Hangpa paham-paham la sendiri eh. Senang cerita, aku KURANG SUKA makhluk Allah yang satu ni. 

Aku sendiri taktau kenapa aku takut sangat tapi memang sejak azali lagi aku memang takleh tengok muka depa. AKU BENCI! TAK SUKA! MENCIK! MENCIK!

Antara cerita seram yang aku tengok dan aku trauma was PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM. Masa tu malam raya. Malam raya biasalah. Cerita-cerita best time tu. Yang tengah TOP lagi MELETOP dan macam biasalah cerita hantu mesti ada punya. Tak kira la lawak ka serius. Scene yang aku tengok dalam PHSM tu pulak time Maya Karin tengah bertenggek atas pokok. Aku yang baru nak dongak tengok tv terus tunduk balik tengok nasi himpit cicah kuah kacang dalam pinggan. 

Satu perangai aku, walaupun macam mana takut pon aku, aku still GEDIK nak tengok. Kesimpulannya, tengok tv sambil tutup mata dengan tangan, pastu bukak sikit ja, intai celah-celah jari. Tak pon, aku peluk POOH. Yang penting, mata itu harus diprotect.

Abah aku pulak suka menyakat aku. Time aku tengah dok intai celah-celah jari tu, beliau baling segala macam benda yang beliau boleh capai. Sebagai contoh, bantal kusyen kecik-kecik. Masa tu, memang bergema la jeritan aku. *sorry jiran depan, kiri, kanan, belakang* 

Setelah aku memerah segala macam memori yang tersimpan dalam kepala otak aku ni, rasanya 1st cerita seram yang aku tengok was ermm aaaaa tak ingat ah tapi something like BILIK kat tajuk dia. Tak silap aku, masa tu aku umur 6 tahun dan aku tengok cerita tu kat sekolah *aku prasekolah masa tu*. Cikgu pra tu pasang cerita tu dek permintaan kawan-kawan aku. Depa nak tengok. Aku pon join ah sekali. Cerita tu takda la seram sangat tapi lebih kepada cerita misteri. But still, aku takut. Sebab ada scene yang bungkus-bungkus tu. Serius seminggu aku tidoq bilik mak ayah aku. Takut siot. Aku ingat lagi, bila si pelakon-pelakon tengah tidoq, yang bungkus-bungkus tu datang sambil kata "bangunlah. Tu tempat aku". Sumpah aku trauma. Lama jugak aku jauhkan diri daripada bantal peluk aku. 

Disebabkan hantu jugak, aku gaduh dengan kawan-kawan aku. Depa hantaq mesej-mesej yang membuatkan aku terbayang terus rupa hantu. Memang berasap la. Macam kebudak-budakkan kan? Nak buat macam mana. Dah la aku jenis penakut. Bila aku tengah dalam takut-takut tu, aku akan jadi payah nak tidoq. Kalau tidoq pon, akan mimpi bukan-bukan. Dah banyak kali ayat kursi, surah 3 qul, aku baca, still daya imaginasi aku sangat tinggi. *aku harap sangat hangpa-hangpa-hangpa yang berhajat nak takutkan aku tu untuk hentikan niat hangpa. kesiankanlah aku*

Uish. Pukui 12 dah. Hahaha. Ok. Drop this subject. Don't want to talk about it anymore. NO! NO! NO!

p/s : post kali ni takda gambaq k. Kenapa? 

GILA AH! TAKDA KEJA AKU NAK GOOGLE GAMBAQ DEPA.