Monday, May 12, 2014

Soalan-soalan yang Aku TAK Suka Orang Tanya dalam FB !!!





“Hai! Nak jadi kawan awak boleh?”
Lol. Kalau aku takmau kawan dengan hang, buat apa aku pi approve hang?!

“Nama awak ape?”
Lol. Aku rasa aku tak pakai pon nama fake dalam FB tu. Terang-terang ada nama kat chatbox tu. Tak reti baca ka apa?

“Umur berape? Tinggal mane?”
Urghh. Pi la check info aku. Malas aku nak terang lebih-lebih. Apa guna aku isi info kat FB tu?

“Dah makan ka belom?”
Lol. Kalau aku belum makan pon, hang boleh buat apa hah? Suka hati aku la nak makan ka tak.

“Dah ada bf ke belom?”
Kalau takda pon , pahal?

“Kalau takda bf, boleh saja jadi bf awak?”
HAH?! Kenal apa pon tak, tetiba ja. Tolong ah. Aku tak layan stail ngorat yang macam ni. REJECT!

“Saya mengganggu awak ke?”
Oh, tolonglah! Dah sampai setengah jam lebih baru hang tanya soalan tu? DAMN!

Aku bukan jenis perempuan yang senang-senang ja couple macam main masak-masak. Tak kenal pon, still boleh main. Aku bukan jenis yang cepat mesra dengan orang tambah-tambah lelaki. Aku sangat sombong dengan lelaki yang aku tak kenal and nampak sangat dia nak mengayat. Aku tak kisah kalau orang label aku SOMBONG terutamanya lelaki asalkan aku tak nampak MURAH. 

p/s : aku jarang on FB sebab benda-benda macam ni la. Tak suka betul.