Sayonara Mun !!!

 

Dear My Mun, 

Kita kenal masa tutorial BI kita ada masalah. 1st class cancel. 2nd class cancel. Aku tak sure 3rd class kita cancel ke tak. Masa tu, hang bawak keluaq phone, call la pihak-pihak yang terlibat. Kalau nak harap aku time tu, memang tak ah. Perangai kedekut aku makin kronik sejak dok U ni. Masa tu, hang speaking wow. Hahaha. Tak macam aku. Aku pandai speaking atas kertas ja. 

Masa tu, Sir apa ntah nama ajak masuk group tutorial BI dia. Dia kata dia nak tolong sebab En Azam tu kawan dia. Tapi ada limit ah. Bukan semua boleh masuk. So, hang dengan Izati *aku taktau eja nama dia* pon masuk la group dia. 

Kami pon bawa diri cari group tutorial yang still kosong. At last, naseb ah Miss Hani sudi terima kami. Wahh. Hahaha. Ada hikmah benda macam ni jadi. 

Then, tak lama lepas tu, hang datang jumpa kami, mengadu nasib pasal Izati *sampai sekrang aku tak ingat muka dia* merangkap roomate hang nak keluaq. Kira hang mencari kawan la. Tak kisah. Lagi banyak kawan, lagi happening. Wahh. Ayat aku. Sejak-sejak tu, aku, Lin, Fi, Nad, Piqah, Saf dan hang BERKEPIT. Hahaha. 

Aku taktau kenapa aku suka sangat sakat hang. Serius. Seronok gila tengok hang gelabah. Sebijik macam ayam. Bahahaha. Hang pula lurus ya amat! Percaya ja cerita dongeng aku bulat-bulat. Tak semua tapi banyak la jugak cerita dongeng aku kasi kat hang. Hahaha. Dengan hang, aku tak reti langsung nak serius. Bahahaha. Semua jawapan kepada soalan yang hang tanya aku, semua aku putar belit. Bahahaha.

Aku ingat lagi moment aku, Lin, Fi, Bai ngan Nad overnight bilik hang. Gila punya eksaited aku tengok hang. Malam tu, kononnya nak tengok cerita Pee Mak. Hahaha. Last-last, tak jadi sebab Piqah balik rumah and cerita tu ada kat dia. Ceit. Sebagai penutup, Fi ngan Nad dok satu sudut layan We Got Married, Lin ngan Bai dah selamat dibuai mimpi lena, tinggal aku dengan hang ja yang masih setia bercakap soal hati dan perasaan. Hahaha. Ekceli, aku dah ngantok dah time tu. Tapi sebab kesiankan hang yang still dok segaq mata lagi tu, aku pon tahan la. *sweetkan aku* Konon esok pagi tu, nak jogging tapi HAMPEH. Semua pakat sambung tidoq balik. Hahaha. 

Setiap pagi, hang mesti ajak breakfast dan setiap kali tu lah aku reject. Hahaha. Aku dah terbiasa kot breakfast makan biskut tiger cicah ayaq milo. Tambah-tambah hari minggu. Lagi la aku malas nak turun. Hahaha.

Lagi ermmmmm apa lagi eh? Oh ya! Lawak. Lawak krik krik krik hang. Hahaha. Aku tak sengaja weh. Hahaha. Aku ni kadang-kadang lambat hadam lawak orang *hang la terutamanya* tu yang masa hang buat lawak, tetiba aku tak respond langsung. Aku terkaku. Aku terkesima. Tengah dok berperang dalam hati "nak gelak ke tak?" Bahahaha. Aish. Ampun Mun! Hahaha.

Sejujurnya, bila hang kata hang tak stay tu, sayu la jugak hati aku. Ye la. Hilang seorang kawan yang mampu terima kita seadanya walaupun tak sampai setengah tahun. Tapi aku dah prepare hati aku awal-awal untuk redha je. Sebab tu, aku tak berapa nak sedih bila hang keluaq berbanding Fi keluaq. Fi tu mengejut tau dak? Tak sempat aku nak ready. 

Dah la. Aku dah taktau nak merepek apa dah. Apa pon, aku hargai friendship kita. Aku takkan pernah lupa kenangan kita masa sem 1. Sedih la jugak sebab masa kita dok V2 dulu, hang kenai Fi kat toilet, hang kenai Lin masa dia tengah lap ayaq tumpah depan bilik dia. Ntah macam mana hang boleh tak kenai aku yang kiut miut ni *ka aku yang tak ingat hang masa tu? hahaha*

p/s : goodluck kat UIA sana eh, Maimun. Eh? Silap! My Mun. Hahahaha. *my gelabah ayam girl*

 

Popular posts from this blog

Sedih

Alhamdulillah for everything

Housemates