Tuesday, May 20, 2014

Kalau Aku Kaya !!!

 

Tengah dok syok scroll twitter, Era FM main lagu KALAU AKU KAYA. Ok! Now, I wanna start berangan. 

Kalau aku kaya, macam biasa la, impian anak-anak soleh solehah. Cewah. Hahaha. Nak hantaq mama dengan abah pi haji. Teringat masa UPSR dulu. Ada keluaq soalan "kalau anda diberi *berapa ribu ntah*, apa yang akan anda lakukan?" Lebih kurang la soalan dia. Aku pon apa lagi. Ni la isi pertama aku. Wah. Hahahaha.Tapi apa salahnya. Kita niat benda yang baik pon dah dapat pahala. Lagipun, apalah sangat duit nak hantaq mak ayah pi haji berbanding dengan duit yang depa habiskan untuk besarkan kita. *tetiba sayu* Tambah pula, nak besarkan aku yang sangat KUAT QEYAU *nangis*. Qeyau pulak bukan slow, tapi kuat, siap kaki tangan tendang-tendang. Bahahaha. Ni atok aku, pak-pak,mak-mak menakan aku, kawan lama abah dengan mama yang cerita. Malu la jugak. Tapi nak buat macam mana. Hahaha. Aku qeyau bila aku rasa RIMAS ataupon TAK PUAS HATI. Tu ja. Tak sangka kecik-kecik dulu , aku dah pandai memberontak. Bila dah besaq sikit, keras kepala pulak. Hahaha. Serius. Bila aku nak something, aku akan make sure aku dapat jugak. No other choice. Tapi ikut nasib la. Kadang dapat, kadang tak dapat. Kalau tak dapat, aku muncung sedepa. Abah panggil aku MULUT ITIK. Ceit. 

Kalau aku kaya, aku nak beli rumah dengan kereta sendiri. Ye la. Dah ada duit, takkan nak mintak duit kat abah lagi. Tapi sebelum beli, aku akan mintak abah tolong pilihkan. Pilihan abah selalunya kena dengan citarasa aku. Lagipon, aku tak cerewet sangat bab-bab ni. Asalkan ada, sudah. Case closed.

Kalau aku kaya, aku nak beli baju, seluaq, dress, tudung, handbag, kasut dan macam-macam lagi aksesori perempuan. Still abah yang tolong pilihkan. Takmau mama. Jarang taste aku dengan mak aku intersect. Jarang sangat. Selalu kalau shopping dengan mama, aku kena mengalah la jugak kadang-kadang. Dah aku pilih tu, mama kata tak lawa, aku pilih ni , mama kata tak lawa jugak, last sekali bebai. Angguk ja bila mak aku pilih. Kalau ayah aku, " ambik la apa hang nak". Horee!!! Freedom!

Kalau aku kaya, aku nak beli buku. Tak kira buku apa pon. Novel, komik, ilmiah, anything. As long as it is a book. Tapi tengok content la. Kalau best, baru beli. Kalau tak best buat apa nak beli. Aku nak buat mini library kat rumah aku tapi terbukak kat family je la. Bahahaha. Kalau orang lain tu, ermm bergantung kepada kepercayaan la. Kalau aku rasa dia boleh jaga buku aku dengan baik, tak salah rasanya nak pinjam. Harta orang walaupun RM20 lebih ja, kena la jaga elok-elok. Amanah tu. 

Kalau aku kaya, aku nak banyak-banyak sedekah especially rumah anak-anak yatim. Serius aku sedih bila tengok depa yang takda mak ayah, membuatkan aku bersyukur dengan apa yang aku ada hari ni. *mood serius* Kalau boleh, aku nak bina masjid jugak. Setiap kali orang guna masjid tu , aku dan yang tolong bina tu dapat pahala berterusan. Aku nak derma banyak-banyak, aku nak tolong orang susah. Aku bagi depa peluang pekerjaan. In Shaa Allah, aku try memperbanyakkan saham akhirat seimbang dengan saham dunia.

Kalau aku kaya, aku nak hidup sederhana ja di mata orang lain. Aku taknak orang tengok aku as orang kaya. Kalau aku ada anak pon, aku nak anak aku hidup dalam sederhana. Tak terlalu mewah. Terlalu banyak duit ni boleh buat manusia lupa diri dan aku taknak anak-anak aku hanyut dek benda ni. Target kita as umat Muhammad kan untuk melahirkan seberapa umat Muhammad yang soleh solehah. Cewah. In Shaa Allah.

Tu ja kot apa yang aku nak buat KALAU AKU KAYA.