Wednesday, May 21, 2014

Give Me That !!!

 

 

Somebody, please give me this!!! Hahaha. Tetiba nak teddy bear pahal? Hahaha. Saja ja. Kat sini (UTP) takda bantal peluk. Aku tak bawak mai pon bantai peluk bushuk masham aku tu. 

Awat?

Sebab nanti aku nak balik SP, kena tinggai bantai peluk tu kat sini (UTP). Takkan aku nak bawak balik kot. Aku naik bas ok dan bantai peluk aku sama panjang dengan aku. Bahahaha. Bila balik umah, takda bantai peluk pulak. Huwaaa. Aku dah terbiasa hidup peluk-memeluk ni. 

Aku takda la suka sangat teddy bear tu tapi macam yang aku kata, aku suka memeluk. Tidur aku perlu bertemankan something untuk dipeluk, baru best tidoq.

Kenapa aku mintak teddy bear instead of bantal peluk baru?

Hmmm. Saja nak merasa tidoq peluk benda mahal. Bahahaha. Serius. Mahal kot. Daripada aku habiskan duit beli teddy bear, baik aku guna untuk makan. Kenyang. Hahahaha. 

Kecik-kecik dulu takda teddy bear ka?

Ada tapi boleh kira dengan jari ja and depa tu kecik-kecik ja. Paling besaq pon, POOH. Yang tu tak silap aku beli kat Padang Besaq. Eh? Tak! Bukan! Yang tu aku beli Candy Girl. Alaa. Patung manusia tu yang sama besaq dengan budak. Tapi sekarang ni rasanya ada kat bawak tangga rumah. Hahaha. Habis baju skirt dia aku cabut, then hilang macam tu ja. Sampai sekarang la dia bogel. Hahaha. Yang POOH tu, tak ingat la. Masa tu, aku kecik lagi rasanya. POOH tu sampai lunyai aku main. Hahaha. Dah hitam dah dia. POOH tu a yang selalu kena gusti dengan aku. Mau tak hitam. Bahahaha. 

So, kepada lelaki-lelaki yang nak ngorat, tolong beli aku teddy bear seBESAR-BESARnya! Bahahaha. Macam ada ja laki nak ngorat. Gila PERASAN. Hahaha. Takda ah. Cinta aku bukan berharga se...*aku taktau penjodoh bilangan untuk teddy bear! OH M BM!* ...teddy bear. Cinta aku sangat mahal. Cewah. Hahaha. Lagipon, aku tak suka perabihkan duit orang sampai berpuluh-puluh ringgit. Even pakai duit mak ayah aku pon, aku pikiaq 2 3 kali. Baik tak aku? *angkat kening sebelah senyum senget* 

p/s : hari ni kelas pukul 5 sampai 6 ja. Oh, HEAVEN! Untuk awal-awal sem ni ja la. Lepas ni, konfem SIBUK......kot