UTP and Friends!!!

Assalamualaikum.
Setelah sekian lama tak mengupdate ye. Malas la weyh. Hahaha.

Ok. Kali ni nak story pasal UTP.

Eh? Kenapa UTP? Tetiba ja.
Takda aih. Ritu sebelum SPM start, aku ada mohon kemasukan ke UTP bulan januari. Time tu, kalut gila isi sebab tarikh tutup tinggai brapa hari ja lagi. Rasa tak sempat kot tapi atas arahan dan paksaan madam besar yakni cikgu Rashina (mak aku la), aku isi la jugak.

Memandangkan result trial aku tersangat HEBAT, aku macam tak yakin la boleh dapat ni. Rasa macam "erm. Malas ah nak pikiaq".

Tup tup, dalam bulan 12 ritu, dia panggil pi interview 14hb. Dia ada hantar mesej kat nombor aku suruh respond sama ada nak pi atau tak educamp UTP yakni interview kemasukan UTP tu. Masa tu, aku macam WHAT??!! Time tu, aku kat Sabah lagi kot. Tengah sibuk holiday. Hahaha.

Aku pon sarung sweater yang ada hoodie tu sebab aku sangat malas nak pakai tudung. Hehehe. Time tu, dok rehat dalam bilik hotel lagi.

Aku pon pi la terkedek-kedek turun bawah (lobi) nak pi check yang UTP hantaq tu bertemankan adik aku. *kat hotel tu depa sediakan 2 pc so, guna je la*

Masa nak guna tu, adab la. Mintak kebenaran pihak hotel tu walaupun takyah mintak. Ala. P kat receiptionist tu *apa aku eja ni* habaq kata nak guna. Nak guna barang orang, kena mintak izin dulu kan?

Aku on pc tu, masuk portal UTP, log in, and WOW! Aku dapat?! Serius?! Macam nak nangis time tu. Hahaha. Adik aku pulak overexcited. Eh? Apa mamat ni? Aku yang dapat, dia yang syok lebih. Hahaha. Standard la. Dia bangga la kakak dia dapat. Masa aku dapat straight A's PMR ritu, dia yang lelebih nak bergambaq. Hahaha. Budak kecik.

Next step, aku pon accept tawaran pi educamp UTP tu. Then, nak print tunjuk kat parent aku tapi printer takda. Aku pon pi la tanya abang jaga kaunter receiptionist tu. Ada 2 abang time tu. COMEL! Hahaha. Nak harapkan adik aku, pemalu ya amat. Dengan pompuan gagah gi, ni dengan laki pon. Haih.

Abang tu bagi alamat e-mel dia, so dia akan print out dari pc dia. Bila dah sampai e-mel tu kat dia, dia pon print. Dia kata "wow! Boleh tahan!" Hahaha. Aku gelak je la. Dah dapat, depa wish gudluck kat aku. Hehehe. Maceh abang Sabah.

Aku pon ucap terima kasih then lari pi kat lift (budak2 lagi). Masuk lift tu, ada sorang pakcik omputeh ni. Dia tegur adik aku. Adik aku pakai baju sarawak. Dia tanya apa ntah. Adik aku sengih. Ceh. Jawab la. Aku pon dengan bergayanya (ok. Ni perasan) jawab apa ntah tak ingat. Hahahaha.

Sampai bilik, mula2 buat muka sedih tapi adik aku ah pi buat kantoi. Pi gelak. Ceh. Mak ayah aku lak overexcited kali ni. Aku dah getaq dah sebab nak kena interview. Apa pon, malam tu berlalu dengan indah.

Esok tu, aku pon pi la mintak tips kat cikgu2 aku and kawan aku sorang tu. Abang dia ex sana. Dia ada la cerita something apa yang abang dia cerita. Bincang punya bincang. Ayah aku kata takpa. Duit takpa. Kita pikiaq masa depan ni. Jangan lepaskan setiap peluang yang ada.

14hb, educamp UTP.

Sebelum masuk dewan besaqdia, pi daftar dulu. Pergh. Ramai siot! Nampak gak sorang dua muka yang aku kenai tapi laki ah. Takkan aku nak teguq. Tambah pula, aku tak cakap sangat dengan depa.

Pagi tu, ada taklimat sikit especially pasal yuran sem la. Mahal gila. Standard swasta la katakan.

Aku dapat group C74. Aku ingat aku group C dan orang yang ke 74 untuk ditemu duga. Rupanya, kami masuk kat bilik persediaan, dok ikut meja mana kami suka asalkan 1 group 5 orang consist of 2 boys 3 girls or 3 boys 2 girls. Tu la kumpulan kami. Aku kumpulan 24. 2 boys 3 girls.

Awai2 tu kami diberi sorang sekeping kertas. Setiap kertas ada task masing2. Kita hanya perlu agree atau tak ja statement yang dia bagi and give out your reason.

Time tu, nama pon dok random. Tak kenal la lagi kecuali anis. Yang tu dok tepi aku dari awal sesi taklimat lagi. Tak sangka, dia ex ibrahim. Dia keluaq ibrahim masa f1 , dapat mrsm mna ntah. Hahaha. Aku tak ingat langsung dia. She called me AMIR. Ceh. Gelaran aku masa f1 sebab time tu ada 2 amira and aku kasaq sikit.

10 minutes, kami perlu kerah kepala terutamanya aku (taktau la orang lain sebab kepala aku memang berkarat dah tu) state our reason. Haih.

AD'S PAY. Merapu je la.

1st sekali, interview secara individu.
Dia suruh kita perkenalkan diri kita and stand out with our idea about task yang kami dapat tadi selama about 5 minutes.

2nd, secara kumpulan. Kumpulan tadi ah. Ulang balik apa idea yang dah bawak keluaq masa 1st interview tadi. 10 minit diberi.

Then, we're done. Time tu la baru nak kenal2. Aku geng dengan Anis, Erna, Adam dan Amir. Semua budak kemaih2 bak hang!!! Hahaha.

Ekceli, educamp ni ada 2 session. 1 interview and 1 lagi nama dia pelik tapi senang cerita 'personalinity test'. No hal la benda tu. Hahaha. Group A and B pi personality test masa Group C and D diinterview.

Pendek cerita (walaupun panjang) , 3 jan keluaq la result sama ada kita dapat atau tak tawaran ke UTP.

Alhamdulillah. 3 jan hari tu, dengan gigi tak gosok, mandi pon belom, teruih check portal UTP and I get it.

Walaupun aku taktau apa keistimewaan UTP ni, tapi aku nak cuba pengalaman baru. Nak bergaul dengan ramai lagi orang.

Ada yang pertikaikan, ye la swasta. Banyak duit nak pakai tapi dah ayah aku kata dia mampu sementara nak tunggu biasiswa.

Time tu, memang aku terharu. Ayah aku nak sangat aku berjaya. Dia sanggup keluaq duit banyak2.

ABAH! KAKAK AKAN BALAS JASA ABAH.
*sobs sobs*

11hb jan daftar masuk. Woih. I tak ready lagi. Heh. Nasib ah. Life must go on. No need to think about others.

Tapi, manusia kan. Ada jugak la yg komplen kenapa tak bagi tau depa? 

Ni soal masa depan. Kalau hangpa harapkan semua info aku yg bagi , masak ah. Try usaha sendiri jugak. Kita share info yang kita dapat. Bukannya tau enjoy ja sebab SPM dah habeh. Enjoy enjoy jugak, tapi kena alert la benda2 macam ni sebab depa takkan mai habaq depan batang hidung hangpa noh.
Dan tak semestinya orang dapat UTP ni hebat sangat noh. #PesananIkhlas

Wish my luck in UTP. Assalamualaikum.

Popular posts from this blog

Sedih

Alhamdulillah for everything

Housemates