Monday, January 6, 2014

Nur Farah Azida bt Azizi

Assalamualaikum.

NUR FARAH AZIDA BT AZIZI

One of my besties. Kawan waktu aku sedih dan happy. Tetiba ja aku rasa nak cerita tentang dia.

We're both from IBRAHIM since 2009. Form 1 la kira time tu. Tapi masa tu aku tak kawan lagi dengan dia.

Sejujurnya, aku payah nak rapat dengan orang masa awai2 kenal. Ye la. Aku ni nampak ja friendly tapi hakikatnya aku memilih sikit masa berkawan. Memilih bukan maksud dia kaya, cantik dan hot tapi aku pilih berdasarkan cara seseorang tu. Once aku selesa dengan dia means she is my friend , not only kenalan biasa.

Aku rasa aku kenai dia masa form 2. Dia kawan dengan Rabiatul. Rabiatul kawan dengan aku. Kadang2 kami rehat sekali. Tapi still , aku tak banyak cakap dengan dia. Aku bajet dia ni budak BAIK sebab muka dia serius suci gila. Macam orang tak pernah buat salah.

Masa form 2 jugak, aku masuk tusyen efektif kat taman tuanku haminah tu. Aku masuk lewat sikit kot. Kira bukan awai bulan la. Tusyen sana, aku kawan dengan Sindusha. Aku kenal Sin ni dari darjah 2. Kami sekolah sekali kat SK AMANJAYA. Sin lak kawan dengan Farah. *Farah tusyen situ gak*

Lama-lama, kami rapat. Banyak gak rahsia dia yang aku tau. Dia minat kat sapa, sapa dia suka, pakwe2 dia. Tapi kami rapat gitu-gitu ja la sebab kelas lain-lain. *sebelah-menyebelah ja pon*

Naik form 3, still kawan dengan dia. Bila dah lama kawan, aku tau perangai sebenaq dia. Tak sesuci muka dia. Hahaha. Bukan nak kata dia jahat tapi nakal dalam senyap ah dia ni. Otak dia lagi gila daripada aku. Hahaha. *Ampun farah! Ampun!*

Sampai hujung form 3 tu, nak dekat PMR la kira, aku BERKENAN kat sorang abang form 6 baru masuk Ibrahim. Time tu, kat tusyen, aku cerita la kat dia kata aku suka kat abang tu. Then dia kata "oh! Sepupu aku tu!" Aku macam WHAT??!! 

Abang form 6 tu masuk lambat sebab eksiden. Dia pi daftar kat pejabat dengan mak dia. Aku lak kebetulan time tu sakit perut, muntah-muntah. Cikgu suruh balik. Aku pon call mak aku kata nak balik. Teruk gak kena sound. Hahaha. Aku dengaq ah apa mak dia cakap kat kerani tu. Dalam dok sakit perut tu, aku dan lagi usha abang tu. Hehehe. HENSEM. COMEL.

Sejak aku tau abang tu kezen Farah, aku banyak kali kecek dia suruh cerita pasal abang tu. Haha. Sian dia.

Tempat perhimpunan form 3 dengan form 6 dekat ja so, boleh nampak la abang tu. Aku pon apa lagi, usha ah anak teruna orang tu. Usha ja la. Tak buat apa pon. Time tu nak dekat PMR kan, so fokus aku lebih kat belajaq walaupon kadang-kadang teringat abang form 6 tu.

Habis PMR, aku dengan abang tu DECLARE. Hahaha. Sejak tu , Farah jadi kezen aku.

Naik form 4, Farah ada 1 krisis dengan kawan-kawan dia. Aku dengan Iqah, sebagai kawan , teman dia. Dengaq luahan hati dia. Tapi aku tak mampu buat apa-apa sebab tu masalah Farah dengan kawan dia. Aku tak terlibat. Aku cuma boleh bagi nasihat dan dengaq masalah dia ja time tu.

Sejak tu, kami makin rapat.

RAPAT SERAPAT-RAPATNYA

Sampai satu hari, masa tu aku dengan Farah pi kem induksi kadet polis. Kami dok dalam khemah tu *ada lagi orang lain dalam tu tapi kami ja yang tak tidoq lagi* Farah luahkan apa yang dia rasa. Dia kata dia rasa aku rapat dengan dia sebab kezen dia yang aku minat tu. Time tu, bengang la jugak. Aku bila berkawan , ikhlas. Takda sebab lain. Kalau ada pon , sambil-sambil ja.

JUJUR FARAH. AKU IKHLAS KAWAN DENGAN HANG. BUKAN SEBAB KEZEN HANG TAPI SEBAB HANG ADALAH HANG. AKU SAYANG HANG *aku bukan lesbian nah* AKU RASA KESERASIAN ANTARA KITA SEBAGAI SAHABAT.

Tapi aku tak marah sangat bila dia tanya macam tu walaupon bengang la jugak. Normal la bila kita rasa macam orang kawan dengan kita bersebab.

Don't worry , sayang. I ikhlas.

Aku suka ngaku kat orang kata aku sepupu dia. Hahaha. Bukan apa. Saja nak tengok reaksi orang macam mana. Memang kena kot. Hahaha.

Sampai sekarang, alhamdulillah. She is still my besties and always be my besties insyaallah.

Oh ya! Abang form 6 tu la ABANG yang aku dok berjiwang karat dalam blog "lawa" ni. Hahaha.

Assalamualaikum.