Norhaziqah bt Mohd Khadri

Assalamualaikum.

Kay! Kali ni pasai sorang gi besties aku.

NORHAZIQAH BT MOHD KHADRI

Dia dok tepi aku dalam kelas selama dua tahun berturut-turut. Jemu? Tak ah sebab macam-macam benda tak matang kami buat.

Macam mana aku kenai dia? Erm.

Aku kenai dia masa kat asrama. Apa hah hah? Aku pernah dok asrama la. Tapi sat je la. Hahaha. Start form 1 la. Dia dok dorm C9 kot. Aku lak dorm C6. Kebetulan kami sekelas. So kenai gitu-gitu je la. Tapi hingaq gak ah dia ni. Dah la suara nyaring. Hahaha. *ampun iqah! Ampun!*

Aku tak ingat macam mana kami boleh rapat. Yang aku tau form 3 tu kami dah rapat. Maybe sebab kami mai awai kot. Tu yang sembang berdua ja sementara nak tunggu yang lain masuk kelas.

Sampai sekarang, kami je la. Dok melekat. Sampaikan Khai akan tanya "mana Iqah? Selalu mana ada hang, ada Iqah" bila aku dok sorang-sorang. Ceh. Pisah sat ja pon.

Minah ni bagi aku mulut dia bahaya. Main lepas macam tu ja. Fuh. Takut aku. Bukan takut dia semboq aku tapi takot dia semboq orang lain pastu gaduh. Hohoho. *Ampun Iqah*

Sebenaqnya, aku kadang-kadang rasa bersalah la jugak bila kawan dengan Iqah ni. Ye la. Masa form 1 dulu, dia ada join KELAB LAZZISIS *betoi ka dak ejaan dia ni?* Boleh kata geng yang ada 7 ahli dan always together. Hmm. Geng budak lawa la kira. Form 1 sampai Form 3 dok melekat. Tiba-tiba naik form 4 melekat-lekit dengan aku. Aku tak salahkan dia nak kawan dengan aku. Tapi kadang aku macam terasa gak la bila Iqah ni jumpa geng dia. Iqah tak buat apa pon tapi geng tu hah. P keluaq statement "Iqah kawan/geng kami". Terdiam gak aku tapi sengih ja la. Aku anggap benda tu lawak. Bukan salah aku rasanya. Kadang-kadang aku rasa depa label aku PERAMPAS KAWAN pon ada. Heh. Lantak ah.

Iqah. Dia ajaq aku macam-macam benda yang merepek. Hahaha. Ponteng kelas, buat jahat tu dia la ajaq. *aku pon kadang-kadang bagi idea setan gak*

Senang cerita, aku selesa dengan dia. Natural. Gedik yang bagi aku biasa la bagi perempuan. Alah. Aku pon gedik jugak. Normal la. Gedik yang takdala melampau sangat.

Weyh Iqah.

SAYAAAAAANG HANG! SERIUS!

Dia pernah kata dia rasa tertarik nak kawan dengan aku masa form 1 dulu. Atodia! Ternyata ada nur di wajahku. Hahaha.

Popular posts from this blog

Sedih

Travelogue : Indonesia (Part 1 : Bali - Day 2)

Housemates