Senior VS Junior !!!

 

KECOH! HANGAT! PANAS! GOSIP! Hahaha. Benda ni jadi kat sekolah aku. JUNIOR KUAJAQ. Aku tau lama dah benda ni. Cuma tak sangka akan jadi seserius ni. Depa dok main perang kat twitter. Dua hari lepas. Aku tergerak hati la jugak nak bukak tapi last sekali rasa macam MALAS LA. Bukan ada apa pon. Malas nak men'tweet' time tu. Esok tu, Aimi mai gosip kata budak form 4 ngan form 5 perang kat twitter malam tu. Adoyai! Terlepas detik-detik indah tu. 

Punca depa gaduh, aku tak pasti tapi ramai yang kata form 4 kuajaq tahun ni. Tak hormat senior langsung. Pijak kepala senior dengan bersungguh-sungguh. Belagak stai. Perasan bagus.

Tak nafi, aku pon rasa depa macam tu jugak. Tengok la macam hari ni. Hari ni, ada jamuan tahunan KADET POLIS yang dihandle oleh bebudak form 4. Hampir kesemua budak form 5 tak join rasanya. Ya la. Tak dijemput langsung. Tau pasai tu pon last minute. So, takyah pi kot. CIKGU tu bukan suka kami-kami yang form 5 ni. Kenapa? Entah. Dari form 2, aku dan seisi warga kelas 2A1 pakat-pakat tak suka CIKGU tu terutama lepas dia beranak. MEROYAN kot. Lepas ja dia beranak, dia suka dok buat hal. Naik form 4, dapat lak dia jadi CIKGU kami. WHAT??!! Dah la dalam kelas tu, kebanyakannya budak A1 tambah-tambah budak pompuan. Naseb la. 

Back to the pokok, CIKGU tu sayang sungguh kat bebudak form 4 so ADA AKU KESAH?! 
Masa MERDEKA RAYA kat sekolah pon. Kan aku, Iqah, Farah dengan Sin dok syok tangkap gambaq kat taman belakang pejabat tu. Tiba-tiba, sekelompok bebudak form 4 belagak bagus mai and dok kat meja yg ada tu. Kami pon buat bodo la and sambung balik acara modelling yang tertangguh tadi. Iqah kata, dia terdengaq budak-budak tu ada kata "Weyh! bawak keluaq kamera kita kaih". *lebih kurang la* DSLR maybe. Hok aloh! Setakat DSLR takyah dok tayang la. Aku pon ada. Aku dah berpuluh-puluh kali pegang. Mentang-mentang la kami tangkap gambaq masa tu cuma pakai kamera digital Sin dengan kamera polaroid Iqah ja. Ceh! Tambah pula, kat situ ada budak yang aku tak berapa berkenan perangai dia yang KONTROL AYU GILA NAK MATI SEPANJANG MASA. Aku? Mana ada kontrol ayu. Aku cuma gelabah macam cacing yang dok mengeliat sebab dok tengah panas sebab aku panic bila jumpa THE BOY I LOVED. Time tu ja ok. Time lain, akulah aku. MUAHAHAHAHA! Opss!! Hikhikhik *gelak gedik sudah*

Dulu-dulu, tak pernah ada pon kes gaduh-gaduh macam ni. Selalunya junior akan hormat @ be friend @ cakap elok-elok dengan senior. Tapi tu la. Zaman dah berubah. Budak-budak zaman sekarang kan kaya-kaya, cantik-cantik. So, biaq pi la kat depa. Hangpa tunggu la time hangpa pulak. 
BUAT BAIK DIBALAS BAIK, BUAT JAHAT DIBALAS JAHAT.
  p/s : bukan semua junior macam tu

Popular posts from this blog

Sedih

Alhamdulillah for everything

Housemates