Saturday, July 27, 2013

Po.Li.Ga.Mi???

 
Sejak akhir-akhir ini, atau lebih tepat lagi dalam seminggu dua ni, kecoh pasal Ashraf Muslim kahwin lain. Diulang KAHWIN LAIN!!!

Ni haa orang dia. Segak kan?
FYI hangpa-hangpa suma yang aku taktau ada ka tidak yang baca blog ni =,='' aku memang MINAT GILER kat mamat ni. Kenapa? Sebab dia hensem kot. Normallah kalau pompuan suka tengok laki hensem-hensem kan? Aku minat dia masa hujung tahun 2008 iaitu pada usia aku 12 tahun cukup bulan. 

Naik Form 1, aku tak dapat mana-mana tawaran pi mana-mana SBP pon. 

Weyh! Frust kot. Aku rasa macam WHAT??!! Sebab selama ni aku memang dok mimpi-mimpi nak duduk kat asrama sejak aku menjejakkan kaki ke 1 program-apa-ntah-aku-tak-ingat. Kem Anak Soleh kot tak silap aku. Mama dengan abah bertungkus-lumus menghantar aku ke situ pada cuti bulan mac sebagai salah satu ikhtiar menghilangkan KEPALA-BATU-TAK-MAKAN-SAMAN aku ni. Hehehe. Jangan terkejut. Aku memang KETEGAQ. Dulu la. Sekarang kepala tu dah lembut sikit. Sebab aku dah besaq kot? Almaklumlah dah matang. 

*Matang apa dok layan power rangers, ultraman, spongebob, jimmy neutron, hey arnold suma tu?*

*Hesy. Diamlah!* 

Abaikan monolog di atas. Back to the story, aku dapat tawaran masuk SMK Ibrahim. Ibrahim ni ada asrama. Oleh sebab aku dah tersangap-sangap nak dok asrama, abah hantaq aku masuk asrama Ibrahim ni. Tapi tak lama. Orang dok kata yang aku ni manja. Tak boleh jauh-jauh dengan mama ngan abah. Ewah! Tolong sikit. Macam ni la manusia. Hanya tau cakap pot pet tanpa tau sebab musababnya. Aku keluaq asrama sebab aku tak enjoy sangat dok sana. Aku kawan dengan semua orang tapi aku takda BFF pon kat sana. Mungkin aku masih kecik masa tu. Tak berapa nak pandai berkawan sangat. Lagipun, result aku masyaallah! 

Back to the real story, pantang aku nampak muka Ashraf Muslim kat majalah, mesti aku terjerit-jerit macam orang gila pastu tenung muka mamat tu lama-lama. 

*Malu pula bila ingat perangai lama ni.*

Masa tu, kan Ashraf Muslim couple dengan Sherry Ibrahim. Ala. Yang berlakon dalam cerita Teduhan Kasih tu.

Aku rasa macam ARGHH!!! Sherry Ibrahim tu seksi kot. Pilih elok-elok sikit pa!
Bila dengaq kata depa putuih, ALHAMDULILLAH. Ni pemikiran zaman kicik-kicik dulu ok!

Waktu kian berlalu. Ada lagi ramai laki yang aku minat. Tapi Ashraf Muslim ni kira yang pertama la jugak. Sampai tahun bila ntah, dia kahwin. WHAT?! KAHWIN?!

 

Takpalah. Aku redha. Sebab perempuan tu pon nampak baik ja. Aku doakan kebahagiaan depa dari jauh.

Tup-tup, dengaq cerita Ashraf Muslim KAHWIN LAIN?!

 

Apa ni? Hanya Allah yang tahu betapa frustnya aku. Dahla masa tu time sejarah. Teruih takda mood. Siot tol. Iqah pulak dok komen pasal kes Ashraf Muslim kahwin lain tu. Aku yang dok tepi dia of course aku dengaq apa dia cakap, aku rasa macam WOI!! DIAMLAH!!! Aku sabaq ja. Mujurlah aku ni spesis penyabaq sikit. Tapi kadang-kadang bila setan mai beraja di hati, terlepaih la jugak rasa marah tu. 

Sekarang ni, aku taknak komen apa-apa pasal yang mamat tu kahwin lagi. Tu rumah tangga dia. Lantak dia. Yang aku tau, aku FRUST!!!