Saturday, March 9, 2013

Merentas Desa !!!

 
Tanggal 2 Mac 2013, merentas desa diadakan. Tahun lepas takda. Alaaa… Kalau tak, boleh lari dengan Taylor Lautner CELOP. Hohoho. Penat? Gila tak penat. Tak penah exercise, tiba2 dah kena lari 4 km. 

Masa cikgu tengah bagi taklimat (kot) kat depan. Aku dan kawan2 apa lagi~~~




Aku dan Farah hampir jadi PEREMPUAN SENIOR PALING LAST!  OMG! Hahaha. Serius kalau ingat balik memang lawak. Kenangan merentas desa yang terakhir masa sekolah menengah ni. 

Tersebutlah kisah, waktu rehat. Kami pon pi makan. Apabila lower form + upper form rehat sekali, maka gejala berebut nasi sambil makin menjadi-jadi. Aku dengan rasa macam dah tak boleh mask dah, mintak tolong Iqah beli nasi kat aku sekali. Berjanggut jugak la tunggu. Hohoho. Takda la sampai berjanggut. Nanti orang kata aku perempuan bukan tulen pulak. 

Aku pon tunggu di belakang kat tepi dinding. (Nak habaq pon tak reti. Pandai-pandai la hangpa bayang noh.) Aku sedap tercongok kat situ. Tetiba budak aku kira lower form kot maid ok tepi aku. Tunggu kawan dia beli makan jugak la kot. Pastu dia ajak geng dia lagi mai dok tepi dia. Makin lama makin ramai (3 orang ja) pastu tolak aku menyempit ke dinding.

“apa dia budak2 ni? Tak reti respek orang ka? Tak nampak ka aku yang kiut miut dok berdiri tepi depa ni?”

Pastu, boleh dok menyembang macam aku tak wujud kat situ. Sesekali, depa kalih la jugak kat aku. Aku buat muka tak puas hati + angkat kening = nak cari gaduh ka? Depa buat bodoh ja. 

Ini hanya perasaan aku saja ka atau memang budak2 zaman sekarang dok perasan hot + stai = KURANG AJAQ? Mentang-mentang la saiz aku kecik , depa bajet aku form 1 kot. Ceh. PI MATI LA!!!

p/s : Jangan riak dengan kelebihan diri.


streching paling stai....