Makan!!!


Post kali ni bukan sebab makanan ok! Cuma nak kongsi tabiat makan kawan2 aku termasuk aku. Ada yg suka makan lambat2 (aku la tu), ada yg tak suka share makanan, ada yg suka suap-menyuap dan ada yg malas nak keluar duit sendiri p beli dan hanya mengepau makanan orang lain. Bukan dalam jumlah yg sedikit ye para pembaca! Kalau boleh dia nak bagi kenyang perut dia teruih. Wow! Ini memang kategori tak tahu malu. Dengan orang yg dia tak berapa rapat pon dia pau jugak. Dah tu, bila dah habis makan makanan dia, dia tunggu orang habis makan. Bila orang tu bangun nak pi letak pinggan, dengan kelajuan cahaya meletakkan plastik yg dia makan ke dalam pinggan orang tu dan dengan selambanya berkata "p buang sat". Ewah! Ewah! Ewah! Dah la pau makanan orang, suruh orang pi buang pulak tu. Maka dengan ini aku mengisytiharkan AKU AKAN CONTROL MAKANAN AKU DARIPADA DIPAU OLEHNYA DALAM JUMLAH YG BANYAK (sikit2 boleh la) DAN AKU TAKKAN JADI KULI BATAK DIA. Bukan berkira, tapi mana boleh senang-senang biar orang pijak kepala kita. Ambil kesempatan atas kebaikan kita. Bak kata pepatah, BUAT BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI!

rindu nasi lemak iqah!

p/s : pau ==> ambil tanpa kebenaran
      

Popular posts from this blog

Sedih

Travelogue : Indonesia (Part 1 : Bali - Day 2)

Housemates